MOMOK JANGAN PANGGIL AKU (2011)

Momok Jangan Panggil Aku Poster REVIEW: MOMOK JANGAN PANGGIL AKU (2011)

Best kah filem ini?:

D RATE REVIEW: MOMOK JANGAN PANGGIL AKU (2011)
Malas aku nak cakap pasal filem ni. Macam ntahhahapa entah. Aku lebih berminat mendiskusikan akan tajuk filem ini yang bertajuk Momok Jangan Panggil. Kenapa Momok? Bukan Pontianak. (Oh Pontianak dah biasa sangat!, baik), Pocong? (Filem seram Indonesia banyak dah banyak guna nama Pocong!, ok), Setan? (setan tak seram, too comical!). Dalam banyak-banyak nama hantu, nama hantu Momokla yang paling tak rugged sekali dikalangan nama hantu. Kiranya Momok ni sering menjadi mangsa gelak dikalangan hantu kerana namanya Momok (Rujuk Hantupedia). Pendek kata mengunakan perkataan Momok sebagai tajuk utama filem is bad marketing dan akan menghancurkan filem itu sendiri. (Bukti: filem ini sendiri) Apatah lagi melarang Momok untuk memanggil aku? Macamla Momok paham sangat kalau aku minta dia jangan panggil aku?

Persoalan yang perlu dikupas disini ialah kenapa melarang Momok dari memanggil aku? Puas juga aku mencari teka-teki ini didalam filem ini dan perhati dialog-dialog pelakon didalam filem ini, perhati camera angle, mise-en-scene dan tatarias wajah pelakon tambahan, tapi tak jumpa. Sudahnya, usai menonton filem ini aku dibayangi igauan ngeri lantaran perasaan ingin tahuku mengapa Momok dilarang memanggil tidak terjawab.

Apa yang aku merepek ni. Filem ni memang merepek!

Tell me, is it worth watching?:

Bosan. Aku malas cerita. Tengok sendirilah.

What is it about actually?, ‘cos I don’t want ended up sleeping!!:

Tiga orang sahabat dalam perjalanan menuju undangan kenduri. Untuk mengelak dari rasa bosan kerana perjalanan yang jauh, mereka berkongsi cerita-cerita seram. Kesudahannya filem ini bosan.

none

Flat 3A Poster FLAT 3A SYNOPSIS, TRAILER AND POSTER

FLAT 3A INFO:

Producer : David Teo
Director : Azhari Mohd Zain
Producer (Company) : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Language : Malay
Genre : Suspense, Thriller, Sinister, Ghost
Classification : U
Release Date : 14 July 2011
Duration : 95 min
Audio : Stereo
Script: No Info

Cast: Intan Ladyana, Shasha, Ery Zukhairi, Adey Syafrien, Zaidi Omar, Khaty Azean

 

FLAT 3A SYNOPSIS:

FLAT 3A chronicles the frightening experience that Fikah and her boyfriend Anas experience, after Fikah moves to a new home. Parallel to that, Wahyu is tracking his missing relative, Fatin, and he is beginning to close in on the terrible mystery that surrounds the haunted flat….3A.

Sinopsis (Pendek): Filem FLAT 3A mengisahkan tentang pengalaman ngeri dan seram Fikah (Intan Ladyana) dan teman lelakinya Anas setelah Fikah berpindah ke rumah baru. Tanpa diduga rumah tersebut adalah sebuah rumah tinggal yang cukup berpuaka dan mula menghantui Fikah. Apakah punca rumah itu berpuaka dan apakah yang bakal terjadi kepada Fikah dan Anas?

Sinopsis (Panjang): Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?

 

FLAT 3A OFFICIAL TRAILER:

one

Pierre Andre Filem Seru 599x399 SERU (2011) : MOVIE REVIEW

SERU (2011) : MOVIE REVIEW

C+ RATE SERU (2011) : MOVIE REVIEW

The movie good?:

Biasa-biasa saja. Apabila dua pengarah bergabung tenaga untuk menghasilkan sebuah filem, sudah tentunya ekspektasi atau harapan terhadap filem tersebut adalah tinggi. Filem ini tidakla menghampakan tetapi tiada juga yang baru boleh diperkatakan. Pendek kata, biasa-biasa saja.

Tell me, is it worth watching?:

Sebenarnya saya tidak dapat menikmati filem ini sepenuhnya sebab pening kepala! Beberapa ketika didalam filem ini saya terpaksa menutup mata dan melekuk-lekukkan kepala. Bukan! Bukan disebabkan keseraman atau kecut dengan bunyi-bunyi seram didalam filem ini, tapi kerana teknik hand-held shooting yang diguna pakai didalam filem ini. Ibarat bermain game Counter-Strikela atau any RPG games, mesti pening punya. Sebab itu satu-satunya PC game yang saya enjoy ialah Football Manager.

Sungguh pun demikian, terdapat dua aspek yang mengelirukan saya, pertama ialah penataan cahaya yang amat keterlaluan dan tidak seimbang. Keadaan hutan yang terang benderang menenggelamkan mood takut saya. Sukar untuk mempercayai apabila hutan hujan dilimpahi cahaya bulan yang amat terang dan berwarna kebiru-biruan.

Aspek yang satu lagi ialah sistem bunyi yang terlalu bising. Ditambah pula dengan speaker panggung yang pecah memekakkan telinga saya dan menambah pening kepala saya.

Walaupun begitu saya harus beri credit where credit’s due, terutamanya dari segi lakonan beberapa watak didalam filem ini. Begitu juga dengan beberapa scenes seram yang menjadi. Penggunaan teknik hand-held shooting juga sepatutnya wajar diberi pujian kerana sudah tentunya pengarah mengambil keputusan berani ini untuk engage penonton.

Keseluruhannya filem ini tidak menghampakan tetap biasa-biasa saja. Seram takla seram sangat. Tetapi itu bergantung kepada takat didih seram anda. Takat didih seram setiap individu adalah berbeza.

Filem Seru baru-baru ini mewakili Malaysia didalam Festival Filem Timur Jauh 2011 bersama-sama dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid.

What is it about actually?, ‘cos I don’t want ended up sleeping!!:

Sinopsis : Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka. Padanya mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikinan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai footage menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal, tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi. Apakah seterusnya bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?

IMDb Rating:

None yet.

SERU (2011) INFO:

Producer : Gayatri Su-Lin Pillai (Producer), Nazrul Asraff (Producer)
Director : Ming Jin, Pierre Andre
Producer (Company) : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Language : Malay
Genre : Horror, Suspense, Thriller, Sinister
Classification : U – General viewing for all ages
Release Date : 28 April 2011
Duration : 84 min
Audio : Stereo
Format : 35mm

Script : Ming Jin , Pierre Andre
Cast : Pierre Andre, Nora Danish, Awal Ashaari, Cut Mutia, Azman Hassan, Sharnaaz

SERU OFFICIAL TRAILER:

none
MAJOR FILM AWARD WINNERS

 

  • ACADEMY AWARDS
  • BAFTA AWARDS
  • BERLIN INTERNATIONAL FILM FESTIVAL
  • CANNES FILM FESTIVAL
  • CONTACT US
  • EUROPEAN FILM AWARDS
  • GOLDEN GLOBES
  • SEARCH RESULTS
  • SUNDANCE FILM FESTIVAL
  • TORONTO INTERNATIONAL FILM FESTIVAL
  • VENICE FILM FESTIVAL
  • WINGS (1927)
  • THEBESTFILMS.NET CHOICES
  • Sponsors

    MAJOR FILM AWARDS

    MAJOR FILM FESTIVALS

    archives

  • 2013 (28)
  • 2012 (5)
  • 2011 (135)
  • 2010 (84)
  • 2009 (8)
  • WORTH SEEING

    AKAN DATANG


    [cpp]

    SEARCH BUTTON

    PREVIOUS POST

    RECENT POST

    French Art & Film Festival 2013 SHOWTIMES (Gsc Gurney Plaza)
    Olipathivu Poster
    Drug War (Du zhan), Director- Johnnie To
    Esma's Secret - Grbavica (2006): Movie Review
    Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives (2010), Apichatpong Weerasethakul
    CODE NAME JACKAL SYNOPSIS AND TRAILER
    Istanbul Aku Datang
    20130328-042528.jpg
    Despre oameni şi melci (Of Snails and Men)
    20130324-133536.jpg
    20130322-073928.jpg
    Langgar Promo Poster
    20130321-180038.jpg
    20130320-165434.jpg
    Kick Ass 2
    Mystery, Director: Lou Ye
    Back To 1942
    2 Kalimah
    Sembunyi Amukan Azazil
    Bola Kampung The Movie
    Vikingdom
    Asean Film Awards
    25th Festival Filem Malaysia Winners
    Sing Your Song Poster
    Japan Academy Prize
    Gila-Gila-Remaja-2-20
    Awan Dania
    Thailand Film Awards
    Bunohan
    2012 Toronto International Film Festival (TIFF)
    Stoker
    Lincoln
    Girlfriend, Justin Lerner
    21st Gotham Independent Film Awards
    Return Ticket, Yung-Shing Teng
    Game Of Thrones Poster

    REVIEWS BY RATING

    REVIEWS BY DIRECTOR

    REVIEWS BY GENRE

    REVIEWS BY COUNTRY

    REVIEWS BY YEAR

  • Latest Post by Category

  • POPULAR POST

    Archives

    • 2013 (28)
    • 2012 (5)
    • 2011 (135)
    • 2010 (84)
    • 2009 (8)

    Most Viewed Posts