poster raya tak jadi 2011 RAYA TAK JADI! SYNOPSIS AND TRAILER

RAYA TAK JADI! INFO:

Director : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Script Writer : Shukor Mohaideen
Producer (Company) : Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd., Primeworks Studios Sdn Bhd (Formally known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Language : Malay
Genre : Comedy
Classification : U
Release Date : 15 September 2011
Duration : 93 mins
Audio : Stereo

Cast: Saiful Apek, Johan Raja Lawak, Jalaluddin Hassan, Wan Sharmila, Iedil Putra, Noreen Noor, Mak Jah, Mohd Farid Wari

 

RAYA TAK JADI! SYNOPSIS:

Synopsis : A busineman is waiting for his imported fruit dates to arrive during the month of Ramadan. However, the contena does not arrive and as a result of this he suffers from losses. He instructs two of his staffs to kidnap Haji Ehsan (Jalaluddin Hassan), who is the keeper of the rulers’ seal and ask for ransom money from his family.

They lock him at the bonnet of a taxi. Problem arises when they accidentally change taxi that belongs to Shuib (Saiful Apek). Together with his deaf brother Bob (Johan Raja Lawak), they manage to rescue him and discover his real identity. Later, the businessman and his staffs manage to get caught by the police in the end.

Sinopsis: Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj. Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah berjaya menculik Hj. Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj. Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj. Ehsan yang disangkai telah mati di dalam bonet teksi. Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Leo kemudian mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj. Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj. Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj. Ehsan telah datang menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj. Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu beliau turut mengambil Shuib dan Bob untuk bekerja dengannya.

 

RAYA TAK JADI! OFFICIAL TRAILER:

none