-
16
May

SERU (2011) : MOVIE REVIEW

The movie good?:
Biasa-biasa saja. Apabila dua pengarah bergabung tenaga untuk menghasilkan sebuah filem, sudah tentunya ekspektasi atau harapan terhadap filem tersebut adalah tinggi. Filem ini tidakla menghampakan tetapi tiada juga yang baru boleh diperkatakan. Pendek kata, biasa-biasa saja.
Tell me, is it worth watching?:
Sebenarnya saya tidak dapat menikmati filem ini sepenuhnya sebab pening kepala! Beberapa ketika didalam filem ini saya terpaksa menutup mata dan melekuk-lekukkan kepala. Bukan! Bukan disebabkan keseraman atau kecut dengan bunyi-bunyi seram didalam filem ini, tapi kerana teknik hand-held shooting yang diguna pakai didalam filem ini. Ibarat bermain game Counter-Strikela atau any RPG games, mesti pening punya. Sebab itu satu-satunya PC game yang saya enjoy ialah Football Manager.
Sungguh pun demikian, terdapat dua aspek yang mengelirukan saya, pertama ialah penataan cahaya yang amat keterlaluan dan tidak seimbang. Keadaan hutan yang terang benderang menenggelamkan mood takut saya. Sukar untuk mempercayai apabila hutan hujan dilimpahi cahaya bulan yang amat terang dan berwarna kebiru-biruan.
Aspek yang satu lagi ialah sistem bunyi yang terlalu bising. Ditambah pula dengan speaker panggung yang pecah memekakkan telinga saya dan menambah pening kepala saya.
Walaupun begitu saya harus beri credit where credit’s due, terutamanya dari segi lakonan beberapa watak didalam filem ini. Begitu juga dengan beberapa scenes seram yang menjadi. Penggunaan teknik hand-held shooting juga sepatutnya wajar diberi pujian kerana sudah tentunya pengarah mengambil keputusan berani ini untuk engage penonton.
Keseluruhannya filem ini tidak menghampakan tetap biasa-biasa saja. Seram takla seram sangat. Tetapi itu bergantung kepada takat didih seram anda. Takat didih seram setiap individu adalah berbeza.
Filem Seru baru-baru ini mewakili Malaysia didalam Festival Filem Timur Jauh 2011 bersama-sama dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid.
What is it about actually?, ‘cos I don’t want ended up sleeping!!:
Sinopsis : Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka. Padanya mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikinan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai footage menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal, tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi. Apakah seterusnya bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?
IMDb Rating:
None yet.
SERU (2011) INFO:
Producer : Gayatri Su-Lin Pillai (Producer), Nazrul Asraff (Producer)
Director : Ming Jin, Pierre Andre
Producer (Company) : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Language : Malay
Genre : Horror, Suspense, Thriller, Sinister
Classification : U – General viewing for all ages
Release Date : 28 April 2011
Duration : 84 min
Audio : Stereo
Format : 35mm
Script : Ming Jin , Pierre Andre
Cast : Pierre Andre, Nora Danish, Awal Ashaari, Cut Mutia, Azman Hassan, Sharnaaz











21ST ANNUAL GOTHAM INDEPENDENT FILM AWARDS WINNERS
21ST ANNUAL GOTHAM INDEPENDENT FILM AWARDS NOMINEES
THE 48TH GOLDEN HORSE AWARDS 2011 NOMINEES
6TH ANNUAL SPIKE TV SCREAM 2011 AWARD WINNERS
‘HIDDEN (SOROK)’ SYNOPSIS AND TRAILER
‘SUMPAHAN PUAKA’ SYNOPSIS AND TRAILER
‘KLIP 3GP’ SYNOPSIS AND TRAILER
‘VILAIYAATU PASANGE’ SYNOPSIS AND TRAILER
‘TWO-LEGGED HORSE’ SYNOPSIS AND TRAILER
2011 FOOTBALL FILM FESTIVAL MAKES LONDON DEBUT

























